GeoAMS adalah singkatan kepada Geographical Asset Management System atau Sistem Maklumat Geografi Aset Majlis Perbandaran Muar. GeoAMS merupakan satu aplikasi portal aset untuk Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Kemasyarakatan, Jabatan Perancang, Pembangunan dan Landskap serta Jabatan Bangunan. Aplikasi ini mengandungi pangkalan data spatial berasaskan Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang dibangunkan untuk rujukan pihak Majlis Perbandaran Muar dan capaian maklumat kepada pengguna eksekutif dan orang awam.
Majlis Perbandaran Muar tidak membuat apa-apa waranti atau jaminan terhadap kesempurnaan maklumat dan paparan peta. Pihak Majlis Perbandaran Muar tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan menerusi maklumat yang diperolehi melalui portal ini. Harap Maklum.